Debaran Menunggu Pembubaran Parlimen
Malaysia 2013
Hari
ini 18 April 2013, lebih kurang sebulan Tun Sheikh tidak menulis. Bukan tidak
dapat maklumat atau berita malah bahan terlalu banyak. Masa pula bukan tidak
ada tetapi terpaksa menghadkan diri walau pun secara kebetulan jatuh demam
selama seminggu di awal April tempuh hari. Doktor mengesyaki kena demam denggi sebaik sahaja balik dari Kota Kinabalu dan Sandakan semasa
musim cuti sekolah dan Alhamdulillah kerana sudah sihat kembali kecuali masih
batuk-batuk dan ‘tune’ suara masih belum pulih normal. Seminggu Tun Sheikh di
sana beriadah dengan keluarga besar sambil menfaatkannya dengan menggali berita
dan isu semasa khususnya mengenai Peristiwa Lahad Datu. Alhamdulillah dapat
banyak berita ‘first hand’.
Sebab
lain ialah nasihat dari teman-teman para bloger dan juga kawan-kawan dari PDRM
dan juga dari saudara mara kerabat istana. Maklum sajalah, mereka ini seperti orang peliharaan AMNOBN.
Mereka disuap dengan pelbagai keistimewaan dan dengan pelbagai tujuan serta
objektif. Kerabat istana pula jika
dibiar dan tidak dipedulikan oleh AMNOBN, sudah lama mereka melarat atau
menjadi rakyat biasa. Nasib akan seperti untung sabut timbul dan untung batu
tenggelam. Mereka di pupuk sebaik mungkin dan aura mereka diguna bagi
memperdaya orang Melayu.
Aura daulat dan derhaka masih laku dalam budaya Melayu
kontemporari. Otak feudal masih tebal dan AMNO sengaja menjumudkan pemikiran
ini demi kepentingan mereka. AMNOBN sebenarnya bulat-bulat mengambil tempat
mentor mereka iaitu penjajah Inggeris dahulu. Mereka cepat mengambil peluang
dan kesempatan . Mereka meneruskan legasi penjajah persis sebagaimana pelajaran
dan didikan yang diberi. Dengan memelihara kerabat istana untuk kepentingan
diri, pengaruh AMNOBN memperbodoh orang Melayu mengikut acuan ciptaan mereka terus
dikatakan efektif dan mampan.
Tokoh-tokoh aktif sama ada saudara atau
kenalan dari pembangkang atau AMNOBN sendiri juga menasihatkan Tun Sheikh supaya ‘slow
down’ sedikit kerana mereka melihat para pemimpin tertinggi dan para pengampu
serta para kroni sedang kalut dan mata akal sedang kalap. Para bloger yang
membuka pekong dan kehodohan mereka dipantau rapi dan arahan kepada PDRM telah
keluar supaya mencipta pendakwaan berbentuk apa saja termasuk fitnah untuk menangkap dan mendakwa
mereka.
Perkara ini telapun diarah dan objektif utama ialah untuk mendiam dan menghalang mereka menyebar maklumat yang merugikan AMNOBN. Mereka diugut akan didakwa dan sekurang-kurangnya membuat mereka berasa susah dan dipersulitkan dengan
pelbagai tekanan. Kalau hendak menulis juga diperingatkan supaya dalam bentuk
sindiran demi untuk menyampaikan maklumat dan pengajaran kepada pembaca dan
rakyat. Apa pun Tun Sheikh mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mereka juga berperanan sebagai sumber maklumat 'first hand'.
Tun Sheikh juga bersyukur sebab dari mereka Tun Sheikh dapat tahu kritikan dan komen Tun Sheikh
terhadap kebiadapan dan kesamsengan Pegawai Tertinggi PDRM yang salah tempatnya
ketika membuat penyataan, makluman dan laporan kepada rakyat atau awam,
rupa-rupanya didengar juga dan mereka telah mula berhati-hati dan tidak
melaporkan seperti perangai atau karekter polis yang jahat. Tun Sheikh memang yakin dalam PDRM bukan semuanya polis jahat.
Kelalapan akal fikiran AMNOBN adalah
disebabkan keadaan sekeliling pada realitinya memang tidak menyebelahi mereka.
Dari segi peratusan, pengaruh AMNOBN sedang merosot teruk. Itulah sebabnya mereka
mengeksploit media perdana semaksimum mungkin bagi menggambarkan mereka
seolah-olah masih menjadi favorit rakyat majority. Itu juga adalah sebab
keputusan membubarkan parlimen tidak dapat dibuat dan terpaksa ditangguh .
Mereka
sedaya upaya terpaksa mengambil pendekatan tidak popular seperti memberi wang tunai kepada rakyat dengan pelbagai
istilah seperti BRIM dan sebagainya untuk melembut atau mempengaruhi rakyat.
Pada
waktu yang sama mereka menggunakan sepenuhnya saluran dan media perdana untuk
menunjukkan keburukan barisan pembangkang sehingga tidak mempedulikan nilai
etika dan peraturan kewartawan yang telah ditetapkan. Mereka pada hakikatnya
telah berasa hayat pengaruh politik mereka seperti nafas berbaki yang sesak dan air
pelemas pula telah sampai tercecah-cecah di lubang hidung. Akhirnya parlimen terpaksa
dibubarkan juga di hujung nyawa-nyawa ikan kerana pelbagai persediaan sering
sahaja tersia kerana ada sahaja pelbagai isu baru yang memburuk dan merosakkan
imej AMNOBN.
Pada 20 April ini akan diadakan penamaan calon. Apabila nama-nama calun diumumkan SPR maka berakhirlah segala penipuan, strategi dan taktik meletak perangkap dan umpan politik buat sementara yang akan diikuti pula dengan hari-hari berkempen dengan pelbagai penipuan dan janji bohong dan sebagainya. Banyak-banyaklah kita berdoa agar terselamat dari fitnah dalam sistem politik demokrasi ini. Ingatlah bahawa para ulamak sering memperingatkan kita
bahawa musuh Allah atau orang yang kafir dan fasik itu sentiasa membuat perancangan dan
Allah juga membuat perancangan dan perangan Allah adalah terbaik.
Sepanjang
dilemma mencari tarikh pembubaran parlimen sejak awal tahun 2012 sehingga tamat mandat usia
memerintah penggal PR12 dan sehingga ketika tulisan ini ditulis, pelbagai
maklumat yang sampai kepada Tun Sheikh termasuk desas-desus dan perancangan
retorik AMNOBN semuanya benar dan betul belaka. Cerita Lahad Datu yang terbabas
dari skrip, termasuk cerita Bala dan Deepak dan calon-calon AMNO PR13 mengikut favorit Mama Emelda Malaysia adalah tepat seolah-olah mereka melaksanakan program dan aktiviti mengikut tarikh-tarikh yang telah lama dirancang.
Mama
terasa beliau cuba diikat atau dikongkong peranan yang dimainkannya oleh Dr M.
Sehubungan itu Mama telah menggerakkan buah catur soldadunya bagi menyinggkir
macai-macai Dr M disekeliling suaminya. Mama berasa bahawa mereka adalah virus
yang boleh menggugat agenda suami dan agenda dirinya sendiri. Musuh Dr M telah
diangkat dan didekatkan ke sisi suaminya manakala pencacai dan macai Dr M
disingkir dan yang mana anak bapak Dr M seperti puteranya sendiri diletak di
kawasan maut. Kalau berjaya akan dipuji seolah-olah hebat. Tetapi jika
dikalahkan oleh pembangkang maka berakhirlah sekurang-kurangnya politik
sepengkal mereka. Cobaan untuk bangun semula ketika itu memang perit. Keadaan
sekarang pun kelihatan begitu getir.
Setiap langkah seperti tidak kena dan tidak menjadi dan terus kelihatan
sumbang atau songsang. Yang tidak sempat dipulihkan cepat-cepat digantikan dengan pelan B.
Ini
semua adalah gara-gara keterlanjuran dan kesombongan mereka ketika mabuk
merembat duit dan kekayaan Negara menjadi milik dan untuk kepentingan diri
sendiri. Apabila rakyat mula membuka mata dan yakin dengan berita berfakta yang
dibawa pembangkang, mereka terus memperlekehkannya dan menghina teguran dan
tuntutan amanah yang diuar-uarkan oleh barisan pembangkang. Mereka mencipta
pelbagai fitnah dan mengupah pakar-pakar propaganda sehingga pakar penyerupaan
atau pengklonan watak dan rupa para pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan
moral dan intergriti malah tidak putus asa
berusaha membunuh karier politik tokoh-tokoh pembangkang bagi memastikan agenda dan
kepentingan mereka dapat terus ditutup dan berterusan merompak khazanah Negara
bersama-sama kroni .
Satu
yang belum sahih atau belum menjadi kenyataan ialah ura-ura Mama Emelda yang
materialistic itu sedang menyusun dan
mengukuhkan pencacai beliau sebagai persediaan bahawa Mama sendiri akan aktif
menunutut bela kekalahan PMajaib. Kalau ini berlaku maka tidak mustahil beliau
akan berpeluang menjadi PM wanita pertama Malaysia jika usaha beliau berjalan
lancar dan berjaya. Calon wanita akan dibekukan oleh PMajaib untuk memberi laluan Mama Emelda berlagak herion. Tetapi hal ini belum menjadi kenyataan kerana waktunya
belum tiba. Apapun kita tunggu sahaja apabila masanya sampai nanti tetapi
adalah lebih baik kita merubah dan mencipta sejarah dan menimba pengalaman baru
dengan membina kerajaan baru.
Kita
merubah cara dan bentuk pentadbiran dan pemerintahan yang selama ini telah
direka oleh AMNOBN. Kita memang terpaksa dan mesti berani merubahnya kerana
dasar dan system dan yang terpenting sekali kerana budaya rasuah, kroni dan
nepotisma ini tidak mahu mereka merubahnya malah terang-terang mereka memang tidak akan merubahnya. Sesiapa sahaja
tokoh dan pemimpin yang mempunyai intergeriti dan amanah dari kalangan mereka yang
bercita-cita memperbetulkannya telah disingkir oleh mereka sendiri kerana
mereka telah terlalu manja dan mesra serta telah sebati mengamalkan budaya
rasuah yang telah mendarah daging selaku cara hidup.
Apa
yang sedang berlaku dan telah berlaku di hadapan mata ketika ini, Tun Sheikh
dapati serupa seperti skrip yang telah didesas-desuskan. Inilah yang meyakinkan
Tun Sheikh bahawa masih ada antara mereka sama ada jujur dan amanah atau menjadi pengkhianat atau pembelot tetapi terpaksa
mengangguk-angguk demi survival kedudukan politik mereka. Masih ramai yang
dapat meletakkan nilai kemanusian universal atau sejagat pada tempatnya. Tetapi
mereka mengaku terpaksa berlakun seperti bersetuju apa sahaja sementara
menunggu perubahan besar dalam kepimpinan. Mereka berasa mereka betul kerana
mempunyai pelbagai alasan dan strateji kepentingan politik. Tetapi jika kita
ukur dengan agama, jelas benar mereka sudah dalam kelompok hipokrit.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Damansara
KL 18.4.2013
0 comments:
Post a Comment