TUN DR MAHATHIR & ARKIB NEGARA MALAYSIA
10 tahun lepas, ketika Tun Dr Mahathir masih menjadi orang pertama negara, beliau tidak segan silu menangis beberapa kali di khalayak ramai. Meskipun bukan dalam majlis rasmi kerajaan tetapi dalam Perhimpunan Agong UMNO, boleh juga dianggap separuh rasmi kerana UMNO menguasai dan mengetuai BN dalam kerajaan. Apa yang tergambar dan terfikir oleh orang yang menyaksikan dan mengetahuinya adalah pelbagai persepsi. Antaranya ialah hanya sebagai lakonan sahaja untuk mencari simpati. Ada yang berpendapat bahawa beliau menyesali kesilapan hingga pernah dituduh sebagai zalim. Ada yang mengatakan beliau hanya mahu menguji teman dan penyokong setia. Yang lain pula mengatakan mahu melihat feedback rakyat samada menyokong atau gembira beliau bersara sahaja. Ada yang mengatakan beliau hanya berpura-pura untuk kepentingan diri konon-konon beliau berjiwa halus untuk menarik penyokong baru. Lebih ironi ada yang berpendapat beliau menangis bukan kerana sedih tetapi gelak dengan pemergian yang bakal tiada ganti. Kesimpulan majoriti berpendapat bahawa beliau adalah seorang pelakon genius menguji pasaran dirinya sendiri.
Tun Dr Mahathir tidak terkecuali seperti manusia lain dimana beliau juga terpaksa mengharungi gelombang lautan hidup yang tidak pernah diduga begitu pahit setelah menghambur peluh dan pemikiran demi untuk kesejarahteraan dan maruah bangsa. Beliau dipencil dan pernah jasanya bak debunga diterbangkan angin. Malah dihina dan dicerca. Dan paling tidak bertamadun ini diluah atau dibuat oleh orang yang diangkatnya naik oleh beliau tetapi sanggup menguar-uar beliau sebagai pengkhianat bangsa. Ini dilakukan oleh kumpulan yang mengaggap beliau sebagai idola tetapi setelah beliau melepaskan kuasa dan jawatan rasminya, beliau dibuat seolah-olah tidak berguna dan mereka sanggup menikam secara terang-terangan. Mereka lupa kebijaksanaan minda Tun Dr Mahathir belum beku dan mati.
Roda-roda kehidupan Tun Dr Mahathir semuanya terakam dan tersimpan dengan baik di Arkib Negara Malaysia. Sudah sampai waktunya bahawa rakyat segenap lapisan perlu menfaatkan rekod dan rakaman yang tersimpan. Pada ketika ini rakyat negara ini tiada lagi yang buta huruf. Malah majoritinya adalah berpelajaran. Sehubungan itu silalah datang ke Arkib Negara dan gunakan sumber rekod yang sahih untuk mengenal kebudayaan kehidupan negara bangsa kita. Arkib Negara ada menyimpannya dengan baik.
Baru-baru ini iaitu beberapa minggu lepas Tun Dr Mahathir dengan ikhlas dan pasrah sanggup membakar dirinya sendiri dengan konotasi gambaran fikiran dalam tulisannya di blog Che’ Det bahawa beliau sanggup dituduh, dianggap mahupun dikata sebagai perkauman dan apa-apa saja kerana sangat sayang kepada bangsanya Melayu yang tidak bersatu dan berhadapan dengan kehilangan kuasa. Beliau meluahkannya sebagai orang tua dan bekas pemimpin Melayu yang berpandangan jauh dan berpijak di bumi nyata lengkap dengan perkiraan dan analisa sains dan sejarah. Pelbagai respon dan komen diterima beliau dari mereka yang pro dan kontra seperti ketika beliau menangis 10 tahun lalu. Yang terpanas ialah pandangan dari seorang Melayu berjawatan Prof Madya yang menganggap pemikiran beliau itu tidak atau belum matang dalam dunia maya atau dunia pemikiran.
Tidak kira Melayu atau Cina yang pro Lee Kuan Yew menganggap Tun Dr Mahathir tidak relevan dan sebagai orang nyanyuk yang jahat. Mereka sokong kempen 1 Malaysia tetapi bagi orang yang bersetuju atau berfikiran seperti Tun Dr Mahathir, 1 Malaysia sangat baik tetapi hendaklah dilihat bersekali dengan keistimewaan orang Melayu selaku pribumi. Orang yang tidak bersetuju adalah mereka yang tidak mengakui adanya perjanjian sosial pada zaman YM Tunku Abd Rahman ketika menuntut kemerdekaan. Mereka hanya tegaskan bahawa orang Melayu mesti terima syarat merdeka yang diajukan oleh British bahawa negeri Melayu yang merdeka mesti menerima pendatang sebagai rakyat yang terpelihara dibawa undang-undang dan perlembagaan.
Mereka juga tidak menerima Singapura sebagai negeri Melayu kecuali mengikut sejarahnya sebagai sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan tidak maju. Kemajuan hanya terjadi setelah Inggeris membelinya dari sultan Melayu yang lemah dan tidak cerdik memajukan negara. Adalah sangat bias apabila mengatakan bahawa pulau Singapura bukan negeri Melayu tetapi mengakui ada perjanjian Inggeris mendapatkannya dari Sultan Melayu.
Sekali lagi diserukan agar datanglah beramai-ramai ke Arkib Negara Malaysia dan buatlah sedikit penyelidikan jika minda telah teracun dengan kepercayaan bahawa tiada kontrak sosial mahupun kepercayaan bahawa Singapura tidak bertuan kecuali hanya hutan atau tanah terbiar yang dimajukan dan menjadi milik Inggeris. Anda akan mendapati kontrak sosial di meja bulat itu dihadiri oleh Tun Dr Ismail yang digeruni pemimpin-pemimpin Cina kerana professional dan ketegasannya.
Mengenai Singapura pula, anda akan menemui rekod bantahan dan ancaman amuk oleh Singa Malaya. Beliau telah memberi kata dua samada orang Cina menerima amukan porakperanda jika semua tidak mahu keluar dari Tanah Melayu dan tinggal di Singapura. Atau kepada yang tidak mahu berhijrah mesti sanggup menghormati kebudayaan malah mesti sanggup bertuankan Melayu. Jika tidak sanggup, adalah dengan hormatnya dipersilakan berhijrah ke Singapura saja atau tunggu sahaja diamuk Melayu.
Ini adalah catatan sejarah dan orang Melayu memang sebuah bangsa yang sangat prihatin dengan keamanan dan keharmonian. Sangat tinggi daya fikir tolenransinya dan sangat berbudi bahasa. Sifat ini adalah kebudayaan Melayu dan telah menjadi jati diri yang terulung dan berkualiti tinggi secara universal atau global. Tetapi jika terus diancam dan terancam, sifat amuk akan menguasai diri dan ini pernah di alami di zaman kontemporari seperti di Zaman Darurat, Perang Selimpang Merah dan Peristiwa 13 Mei.
Jadi adalah tidak pantas menafikan buah fikiran Tun Dr Mahathir yang mengakui perkauman itu kerana beliau bercakap dengan fakta, analisa dan sejarah. Jika sejarah tidak diambil untuk dibuat pengajaran maka tunggulah hari kehancuran kerana sejarah adalah ilmu yang membimbing ke arah pembaikan diri, budaya dan kehidupan segala bangsa kecuali kepada manusia yang hidup dalam kemabukan nafsu.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
0 comments:
Post a Comment