BUAH PAHIT PR 13 &
RAMADHAN 2013
Tun Sheikh menerima banyak maklum balas menerusi e-mel dan
sms bertanyakan aktiviti Tun Sheikh yang tidak berkarya sejak mengetahui
keputusan PR 13 iaitu 5 Mei 2013. Tun Sheikh berasa bertangungjawab untuk memberitahu
bahawa terlalu banyak bahan dan topik untuk ditulis tetapi merasakan dunia
intelek penguasa yang berkuasa dalam politik negara ini masih dangkal dan
terlalu jauh berbanding dengan pemikiran manusia yang dapat memahami dan
mengenal pasti maksud yang tersirat dan hakikat sesuatu objektif dan misi
persoalan miskipun mereka bukan Islam.
Tun Sheikh pernah menulis mengenai arahan kerajaan AmnoBN mengawal maklumat di media alam maya yang
berat sebelah dan banyak pembaca dari kedua belah pihak yang pro kerajaan dan
pembangkang menyangka Tun Sheikh
adalah penulis atau bloger upahan. Penyokong AmnoBN mengesyaki pro PR dan
penyokong fanatik PR yang tidak merujuk kitab suci menyangka Tun Sheikh adalah AmnoBn.
Tetapi Alhammdulillah, saudara mara yang
berada di kedua kelompok itu tiada yang berfikiran negatif sebaliknya memberi galakan
dan terus memberi ‘first hand news’ kerana mereka mengenali dekat Tun Sheikh
sejak kecil dan mengetahui sikap dan pegangan prinsip Tun Sheikh yang neutral.
Saudara mara tahu Tun Sheikh berpendikan skular dan juga agama dan sentiasa
berusaha menerapkan nilai skular yang tidak
bercanggah dengan syariat Islam dengan merujuk Al Quran, Hadis dan Ijtihad
ulamak muktabar.
Setelah menerima maklumat dan nasihat mereka dan benar-benar
berlaku beberapa kezaliman, penangkapan dan penganiayaan oleh AmnoBn terhadap
rakyat yang menyokong PR beberapa minggu setelah menang PR 13, Tun Sheikh berehat
dari menulis dan sibuk memberi fokus membuat program membuka minda kepada
anak-anak muda yang berpotensi menjadi pemimpin masyarakat. Mereka terdiri dari
pelbagai fahaman politik termasuk yang baru berjinak dengan Amno, Pas, PR mahupun
yang tidak berpersatuan atau berpartian. Kalau ada yang mengatakan aktiviti
tersebut adalah eskapism sebab kecewa PR 13 dimenangi AmnoBN, Tun Sheikh tidak
menafikannya.
Matlamat dan perjuangan Tun Sheikh ialah untuk menjadikan
kefahaman isi Al Quran dan penjelasan Hadis menjadi rujukan utama kepada setiap
insan. Tujuan murninya agar setiap insan itu dapat petunjuk atau berupaya
merujuk, membuat perbandingan dan memilih yang hak dengan yang batil. Setiap
insan bermaksud kepada semua termasuk AmnoBN, PR atau sesiapa saja yang sempat
berinteraksi dengan Tun Sheikh sama ada melalui pertemuan atau pembacaan buah
tulisan dan sebagainya.
AmnoBn bagi Tun Sheikh memanglah hebat kerana mewarisi budaya
keilmuan yang dikatakan skular dan profesional itu. Mereka sentiasa memandang
nilai terbaik sejagat sebagai nilai tertinggi. Sayang sekali disebabkan
pemikiran mereka turut memfokus kehendak dan tuntutan nilai budaya semua kaum
yang tidak bernilai universal kerana kepentingan politik kampung dan politik
kesukuan serta mengabaikan petunjuk yang telah disediakan oleh Allah SWT,
menyebabkan mereka telah tergelincir dari landasan tidak berhijab kepada
landasan yang bengkang bengkok yang tidak lurus dan kukuh. Mereka juga tidak terlepas
dengan dugaan dan kecenderungan bersikap sombong dan tamak haloba kerana
berkuasa.
Kerajaan yang diterajui AmnoBN sebenarnya adalah sebuah
kerajaan yang akan punah atau sebuah kerajaan yang terus tergambar dengan
pelbagai kemenangan dan kecemerlangan yang disenangi syaitan. Ciri-ciri sikap negative
yang terpapar pada mereka amat jelas
kelihatan. Sikap pembohong, bijak memutar belit maklumat, fakta dan kenyataan
sehingga terselamat dari tindakan undang-undang, bijak merancang dan memakan
rasuah sehingga terlibat dengan kumpulan gangsterism dan berlaku pembunuhan
saksi-saksi, bijak memecah amanah dan mencipta kroni kejahatan sehingga
terlihat pada imej kepolisan dan badan perundangan, bijak menipu rakyat dengan sistem
dan prosedur yang diamalkan sehingga pendatang asing tanpa izin dan warganegara
asing mudah mendapat kerakyatan dan turut mengundi memilih ketua dan pemerintah,
bijak mengeksploit jentera kerajaan sehingga berupaya mengumpul harta dan
kepentingan diri sehingga pecah amanah yang diamalkan kelihatan seperti
mengikut garis peraturan dan perundangan dan pelbagai amalan buruk tidak
bermoral yang sengaja ditutup kerana hubungan kroni, semua itu adalah
tanda-tanda dan bukti mengikut rekod sejarah kemusnahan sesuatu bangsa dan negara
yang maju dahulu.
Kerajaan negara ini telah diperingatkan oleh Allah dengan
pelbagai teggoran, nasihat dan bantahan melalui penentangan PR, NGO dan rakyat.
Tetapi mereka berjaya mengekalkan kuasa dalam pilihanraya kerana salah
menggunakan kuasa dan bijak merancang penyelewengan dan penipuan. Pada
kenyataan zahir AmnoBN telah menang dan kelihatan bersih mengikut undang-undang
dalam sistem demokrasi. Pada hakikatnya perancang penipuan dan kejahatan ini
memang ketawa besar kerana berjaya menipu rakyat dan perlakuan jahat mereka
terpelihara dan terbela pula oleh undang-undang.
Kepada rakyat yang yakin
dengan kekuasaan Allah hendaklah terus berusaha dan bertawakal disamping
berpegang kepada petunjuk Allah. Setidak-tidaknya kita yakin bahawa mereka yang
jahat itu telah menang dalam perancangan buruk mereka tetapi Allah juga Maha
Perancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.
Ingatlah..bahawa tidak ada salahnya kita menyokong AmnoBN
jika mereka menjunjung syariat Allah. Tetapi adalah sungguh malang jika kita
melihat dan mengetahui kemungkaran yang diamalkan mereka tetapi tidak
menolaknya di hati setelah tidak berupaya dengan lisan dan perbuatan. Untuk
mengetahui sama ada AmnoBN menyeleweng dan pecah amanah, maka selalu malah
sentiasalah merujuk, membaca petunjuk Allah berupa Al Quran dan Hadis,
insyaallah kekusutan dan kesesatan fikiran akan jelas diterangi dengan cahaya kefahaman yang dapat membeda antara yang hak dengan
yang batil. Jangan terkejut jika dengan petunjuk yang disediakan oleh Tuhan
Pencipta alam ini, kita mendapati AmnoBN seolah-olah sedang berjalan dan
bermegah dalam dunia kegelapan. Marilah kita mendengar dan taat kepada Allah
yang memberi cahaya kehidupan dari alam gelap pemikiran dan dunia kepada alam
cahaya terang benderang dengan rahmatNYA. Amin... dan Selamat mengerjakan ibadah puasa 2013.
Tun Sheikh Engku Bendahara
Masjid Polis Bukit Aman KL
3 Ramadhan 12.7.2013
0 comments:
Post a Comment