SELAMAT DATANG KE BLOG TUN SHEIKH

0 comments
TUN SHEIKH: TUJUAN BLOG & BIODATA RINGKAS

Tun Sheikh mengucapkan SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA DAN BERTUKAR-TUKAR FIKIRAN.

Kepada pembaca muslimin, diucapakan ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH. Semoga ALLAH memberi limpah kurniaNYA dan kebarkatan dan kefahaman ilmu kepada kita, hambaNYA yang kerdil dan jahil.

Kepada pembaca non-muslim, diucapkan SALAM SEJAHTERA dengan doa semoga Tuhan Allah memberi taufik dan hidayah kepada anda terhadap keistimewaan, kesederhanaan dan kesempurnaan Islam meskipun dalam hal yang sekecil-kecil dan lumrah seperti petunjuk cara-cara berus gigi dan mengetip kuku mahupun ketika masuk tandas.

ALMAKLUM KEPADA PEMBACA

Blog ini hanya sebahagian kecil wadah hasil dari hikmah yang Tuhan kurniakan kepada manusia bagi memudahkan manusia berinteraksi sesama sendiri dalam proses menjalani hidup dan pembelajaran terhadap keperluan dan pearaturan yang wajar kerana dunia ini adalah milik Tuhan. ALLAH yang menciptanya dan ALLAH mengetahui segala aturan dan peraturannya.

Umpama rumah kita tentu telah kita tetapkan segala segi peraturan yang baik untuk diri sendiri, ahli keluarga dan juga tetamu yang datang ke rumah kita. Tentulah telah kita tetapkan bahawa tidak boleh sekali-kali membuang air besar di ruang tetamu atau di mana sesuka hati kecuali di tandas yang telah kita sediakan. Begitulah peraturan yang telah ditetapkan TUHAN terhadap duniaNYA ini yang kita kenalani sebagai hukum-hukum Allah.

Maka tujuan utama blog ini adalah untuk sama-sama kita menggunakannya . Bersama berbincang memberi pandangan dan pendapat yang terlintas dengan niat murni iaitu kearah kebaikan dalam segala gerak dan perilaku supaya mendapat keredhaan dan kebarkatan. Almaklum bahawa dunia ini disediakan untuk penghidupan sementara kita tetapi bukanlah milik mutlak kita.

Berilah pandangan yang datang dari hati nurani yang baik, berilah komen kearah perubahan nilai kebaikan yang bertambah baik. Dan berilah ajaran dan nasihat dari hasil pengalaman hidup yang telah dilalui yang sesuai dan tidak bercanggah dengan nilai peradaban atau syariat Islam. Bagi non-muslim setidak-tidaknya yang mempunyai nilai dan kebaikan sejagat. Anda dan semua para pembaca adalah dialu-alukan membuat komen mahupun kritik dengan tujuan dan niat yang baik iaitu penambahbaikan, positif dan membina.

Elakkan memberi pandangan berdasarkan emosi negatif, elakkan bertujuan kepentingan diri dan mengkritik atau mencaci dan menghina dengan tujuan melemahkan musuh.

Sebaiknya wadah diblog ini kita jadikan perpaduan dan pertautan kepada hati-hati yang bermusuh agar saling mengenal dan bertolerensi kearah kebaikan. Mari kita beramal makruf mengikut keupayaan dan keterbatasan serta peluang yang diberikan kepada kita.

Blog Tun Sheikh bersifat netral dan berkecuali dari segala segi fahaman politik dan pengaruh. Blog ini adalah blog minda dengan tujuan murni kearah kebaikan dan bukan blog untuk memburuk-burukkan sesiapa. Panduan asas dan dasar blog ini adalah mengikut kehendak dan selaras dengan syariat Islam.

SELAMAT MEMBACA DAN BERSAMA BERUSAHA MENCARI KEREDHAAN TUHAN.

BIODATA RINGKAS TUN SHEIKH

Berusia separuh abad - berkahwin dan telah berzuriat - berpendidikan Melayu, Inggeris, Pondok mahupun Surau. Memiliki ijazah sarjana muda dari universiti luar dan dalam negeri yang tiada pengiktirafan kerajaan – ijazah sarjana muda sastera, -diploma tasauur dan tasauf Islam, pernah aktif dalam UMNO, ABIM, ARQAM, KEADILAN DAN PAS.- mempunyai sijil penyelidik dan bahasa asing dari UM. Pernah mondok di Gombak Selangor dan Mekah. Pengamal Tarekat Ahmadiah As Said Linggi, Tarekat Naksyabandi Khalidi dan Tarekat As Samadiah. Berpengalaman mengikuti pelajaran kesufian dan pernah mengikut kumpulan ‘Ghost Buster’. Berpengalaman mengikuti pembelajaran kitab-kitab Melayu Klasik Sheikh Daud Pattani.- Hobi membaca dan menulis.

Berketurunan domain Melayu bercampur Arab, Jawa, Bugis, Cina dan India.Berdarah kerabat yang terpinggir dari sultan Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Sultan Ceribon.- Memiliki title Tun, Engku dan Al Idros kerana berdarah Bendahara dan Al Idros . Motto: Bukan darah keturunan dipandang Allah tetapi TAKWA!!

Wasalam.
 
Copyright 2009 Blog Tun Sheikh
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere