MENUNGGU KERETA MURAH
Ramai rakyat Malaysia tidak
mengetahui atau menyedari bahawa terdapat banyak model kereta dalam kumpulan
kereta kecil atau comel di luar negara hanya berharga RM10,000 ke bawah.
Meskipun akseserinya adalah yang paling asas tetapi jika dibandingkan dengan
kereta kancil, ia adalah sama kecuali Produa Kancil negara kita direka untuk
muatan 5 atau 4 penumpang. Kereta comel 2 tempat duduk Malaysia yang unik dan
dikhususkan untuk digunakan dalam kota sebenarnya tidak mesra rakyat kerana
harganya sangat mahal berbanding dengan kereta biasa. Ia dijual dengan objektif
menonjolkan gaya dan kemewahan, bukan
sebagai kenderaan rakyat yang praktis dan mudah digunakan di kota.
Tun Sheikh juga dapat maklumat
dari sahabat handai dan saudara mara yang pernah tinggal seperti di Eropah,
Kanada dan Amerika Syarikat mengatakan
bahawa harga kereta di sana adalah jauh lebih murah dari kereta di Malaysia.
Mereka sangat kesal kerana sebuah kereta proton yang diimport dari Malaysia
dikatakan berharga 1/3 dari harga pasarannya di Malaysia. Bayangkan jika harga
Proton Waja misalnya berharga RM60,000.00 di sini, di Eropah harganya hanya
RM20,000.00 atau lebih sedikit. Paling
tinggi adalah separuh harga berbanding harga pasarannya di Malaysia mengikut
model-model tertentu yang digemari.
Ketika Tun Sheikh melawat Jakarta
pada Oktober 2012, seorang sahabat Indon Tun Sheikh yang baru balik dari kursus
sebulan di Kuala Lumpur bertanya kepada Tun Sheikh apa yang dapat dilihat
mengenai kenderaan dan pengangkutan dalam kota Jakarta dan perbandingannya dulu
dan sekarang. Sudah tujuh tahun Tun Sheikh tidak ke Jakarta walaupun ke daerah-daerah
lain Indonesia setiap tahun. Tun Sheikh perasan kereta comel mereka sama
seperti kita, tidak banyak. Apa yang ketara ialah kereta mewah di jalanraya
mereka adalah lebih banyak daripada Kuala Lumpur. Sebelum tahun 2000 atau
sebelum reformasi, kereta mewah dan kereta-kereta baru tidak begitu ketara.
Tetapi jalan-jalan raya di Kota Jakarta ketika ini dipenuhi pelbagai model baru kereta dan apabila diperhatikan, Tun
Sheikh dapati model-model baru pelbagai jenama itu cantik-cantik belaka dan
belum keluar lagi atau belum ada di Kuala Lumpur.
Sistem pengangkutan awam seperti
bas dan teksi juga kelihatan begitu lancar. Jakarta telah memperkenalkan sistem
kupon dan tambang murah dan lorong khusus untuk bas dan teksi bagi keselesaan
rakyat. Ini semua dimaklumkan kepada Tun Sheikh adalah hasil reformasi.
Pemerintah dituntut mengutamakan rakyat banyak dan mengawal tambang pada kadar
yang wajar dan mampu kepada penduduk
kota berpendapatan rendah. Para reformis telah berjuang mengetengahkan
kepentingan dan peranan rakyat berpendapatan rendah yang tidak boleh diabaikan
kerana mereka juga mengisi dan memainkan peranan menyumbang tenaga dan
perkhidmatan memajukan kota Jakarta. Mereka juga mendesak pemerintah mengatasi
masalah kesesakan lalulintas dalam kota yang dipercayai terjadi kerana masalah
sistem dan dasar. Gabenur atau Wali Kota
Jakarta yang terpilih adalah tokoh yang dikenalpasti berjuang untuk rakyat dan
anti rasuah. Jika calon memiliki trek rekod rasuah, kronism, nepotism mereka
bukan saja tidak terpilih malah ditolak pada awal-awal lagi.
Apa yang sangat menarik mengenai
kenderaan baru pelbagai model di Jakarta
ialah harga pasarannya yang murah, bukan dasar melupus kerana usia atau bukan
kerana nilai rupiah yang murah atau kecil berbanding nilai ringgit. Dipendikkan
kata, sahabat Tun Sheikh itu amat setuju cadangan PR untuk menurunkan cukai
kerajaan terhadap kereta dan itulah yang
telah dilakukan oleh pemerintah Indonesia. Cukai yang sangat rendah dan
larangan meletakkan harga pasaran yang terlalu tinggi daripada kos menjadikan
harga kereta di Indonesia seperti sangat mesra rakyat dan pada harga mampu beli. Bayangkan
jika model Honda City berharga RM200,000 di Malaysia di sana hanya berharga
diantara RM110,000 ke RM150,000 sahaja. Kenderaan biasa seperti Toyota Inova
berharga RM105,000 di Malaysia, hanya berharga RM65,000 di Jakarta.
Tun Sheikh diberitahu pada
awalnya memang dapat penentangan daripada saudagar kereta tetapi demi
kepentingan rakyat banyak dan kerana kereta bukan lagi merupakan barang mewah
kecuali keperluan pada zaman ini, pemerintah Indonesia berjaya mengubah dasar
pemasaran dan harga kereta. Pemerintah juga telah menerangkan bahawa pengusaha
atau penjual tidak mengalami kerugian kerana pihak kerajaan yang
bertanggungjawab dan mengambil inisiatif mengawal dan mengurangkan cukai. Kini telah
terbukti bertambah banyak kereta baru, bermutu dan baik di atas jalan, berbanding sebelum reformasi di mana kenderaan
model 1950-an yang kelihatan uzur juga
masih digunakan.
Tun Sheikh sangat teruja apabila
PR bercadang untuk menurunkan cukai kerajaan terhadap kenderaan dan sejak
diuar-uarkan itu Tun Sheikh telah sempat mengumpul seramai seratus orang
saudara mara dan sahabat handai yang telah menangguhkan cadangan untuk membeli
kereta baru kerana menunggu janji-janji baik PR selepas dan apabila menang
pilihanraya. Secara rambang dan menyeluruh cadangan untuk menurunkan harga
kereta adalah sangat baik dan akan mengurangkan beban rakyat. Cadangan ini
mestilah terus diuar-uarkan dan mesti dilaksanakan jika PR mengambilalih
kerajaan bagi memastikan UMNOBN tidak berterusan memaksakan rakyat hidup dengan
budaya rasuah atau dalam keadaan salah guna kuasa.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Bukit Beruang Melaka 9.12.2012
0 comments:
Post a Comment