Sama Saja Cerita Air,
Unisel, Sampah, Pasir Dll Adalah Penyelewengan Dan Pecah Amanah?
Cerita, berita, maklumat atau hal-hal yang dihebahkan oleh
media arus perdana yang kita baca, dengar atau terima jika tidak diikuti dengan
sumber skunder yang berkecuali maka kita akan menerimanya sebagai berita sahih.
Kita mudah dipengaruhi dan mempercayai tomahan-tomahan yang dipaparkan kerana
dirancang sebegitu rupa. Kes pasir di Selangor contohnya, dengan segera mudah
diterima oleh rakyat di luar mahupun di Selangor dengan persepsi yang telah
diacuankan sebagai bukan sahaja menerima dan mengesahkan malah diri pembaca
atau pendengar akan mudah menyebelahi kehendak tersirat penulis atau pemberita.
Di dalam fikiran atau minda rakyat umum atau orang awam yang merupakan dari kumpulan
majoriti , kamus untuk menyiasat atau meneliti dengan terperinci tiada pada
mereka. Orang awam memang mudah menjadi mangsa retorik, propaganda dan menjadi
pengikut politik arus perdana meskipun
hala tujunya negatif. Dalam kes pasir di negeri Selangor contohnya, di
peringkat kefahaman awam, terasa sangat bahawa kerajaan negeri Selangor (dari
parti pembangkang) yang baru menerajui tampuk kerajaan kelihatan begitu buas
dan jahat seolah-olah melakukan penyelewengan untuk kepentingan pribadi sendiri
sehingga merugikan rakyat dan khazanah negeri.
Penyelewengan memang benar-benar berlaku tetapi rupa-rupanya
tindakan kerajaan pembangkang yang baru itu adalah dalam usaha membersihkan
budaya rasuah dan penyelewengan kerajaan dahulu telah diputar belitkan sehingga
rakyat tersalah faham dan salah tanggapan. Mujurlah masih ramai rakyat yang masih celik kepada nilai-nilai
murni sejagat dan nilai-nilai murni budaya bangsa. Maka terbongkarlah konsesi
pasir Selangor diberi kepada kroni dengan harga yang sangat jauh dan rendah daripada
harga pasaran semasa. Bukan itu sahaja, rekod kuantiti lori yang mengangkut
keluar masuk pasir dari lombong tidak kemas dan tidak tepat dan berlaku
ketirisan yang sangat besar. Sebagai contoh, lori keluar sebanyak 500 sehari hanya
dicatat 100 dan berat lori 6 ton hanya dicatat 3 ton. Hari bercuti yang tidak
dibenarkan melombong atau mengangkut pasir keluar sering menjadi seperti hari
kerja biasa.
Amat jelas, cukai atau laba yang ditetapkan tentunya sedikit
yang dibayar kepada kerajaan negeri Selangor berbanding kuantiti sebenar yang
diangkut keluar. Tetapi oleh kerana syarikat yang diberi konsesi adalah milik
kroni politik parti memerintah maka pihak berkuasa memandang sebelah mata
sahaja atau buat-buat buta. Penyelewengan ini bukan baru tetapi sejak 1970
kerana kerajaan yang berasal dari parti Melayu yang memerintah ketika itu memang
tidak berduit dan terus mengharapkan ihsan parti gabungan dan sekutunya.
Apabila parti bukan Melayu sekutunya terus menjadi kaya raya, parti Melayu yang
berkuasa telah mula mempelajari bagaimana untuk membuat duit. Tapi sayang
seribu kali sayang, usaha pembangunan dan ikhtiar pembangunan ekonomi dalam
Dasar Ekonomi Baru telah segaja diseleweng kerana ingin cepat kaya dan adalah
sangat parah apabila diri-diri individu ahli politik Melayu terus karam dan
tengelam dengan kemewahan hasil daripada penyelewengan dan pecah amanah
daripada menumpuk harta dan wang untuk parti kepada diri sendiri.
Maka rasuah dirasa seolah-olah halal dan wajar dan pada hari
hari ini budaya rasuah sudah membengkak dan bernanah. Malah ada yang telah
pecah mengeluarkan bau busuk yang amat sangat tetapi oleh kerana ia telah
membudaya, perangai kepimpinan orang Melayu yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan
ini kelihatan seperti manusia bangang yang sanggup menjilat nanah yang pecah
itu. Mereka dilihat dengan selamba
sahaja meneruskan budaya busuk itu kerana beranggapan peluang hanya sekali
iaitu ketika berkuasa. Mereka sangat yakin apabila hilang kuasa, kemewahan dan
kesenangan akan berakhir. Sehubungan itu mereka berlumba-lumba mengikis harta
rakyat yang diamanahkan untuk dijadikan bekal ketika tidak berpeluang dan tidak
berkuasa lagi.
Maka wujudlah seperti cerita konsesi UNISEL, Syarikat Air dan
Projek Air Langat dan banyak lagi dimana perjanjian yang dibuat memang segaja
dicipta untuk keuntungan syarikat bukan pihak kerajaan atau rakyat. Cerita yang
sama juga berlaku dalam pemberian kontrak mengangkut sampah di Selangor dan
berbagai urus niaga lain yang kononnya mengikut dasar kebangsaan iaitu daripada
idea pengswastaan yang dilaksanakan secara besar-besaran ketika zaman Dr
Mahathir. Alasan wajar ialah untuk melahirkan seberapa banyak jutawan dan
pengusaha bumiputera bagi mengimbangkan kemajuan ekonomi dan status professional
dalam ekonomi dan teknologi yang dikuasai oleh bukan Melayu.
Apa yang tersirat sebenarnya adalah untuk kepentingan diri
dan kroni. Kroni-kroni diberi peluang yang terbuka diatas pelan dan perancangan
menjadi kaya raya dengan mudah tanpa memakan masa yang lama dan tanpa bekerja
keras dengan berselindung disebalik dasar-dasar Negara yang disuapkan kepaada
rakyat dengan paksaan bagi menghalalkan cara atau memperlihatkan kewajarannya
supaya tidak kelihatan penyelewengan dan pecah amanah yang dilakukan. Rakyat
sebenarnya tertindas dan tertipu disebalik bayangan kemajuan pembagunan
fizikal. Status hidup yang tinggi sebenarnya hanya dinikmati oleh para pemimpin
dalam barisan kerajaaan dan para kroni yang menjadi boneka perlaksana
dasar-dasar dalam segala perusahaan yang diceburi. Peratus yang betul-betul
berkemahiran dan berwibawa dari kalangan pengusaha atau peniaga bumiputera
tetap seperti takuk lama. Apa yang kelihatan sebenarnya adalah hasil pekerjaan
ali baba yang kini telah dihalalkan apabila kerajaan menggetahui rakyat telah
mula memahami konspirasi yang dilakukan mereka. Rakyat banyak terus tersepit
dengan kuasa beli yang terus mengecil saban hari.
Adakah wajar apabila kerajaan memperuntukan dan meluluskan
berbilion ringgit kepada sesebuah projek yang mengikut pasaran semasa adalah
jauh lebih rendah? Dan kemudian nanti beban dan kos segala pengembangan dan
penyeliaan akan ditanggungkan ke bahu rakyat melalui tarif dan bil-bil yang
akan terus naik mengikut perjanjian yang telah ditandatangani oleh kerajaan.
Perkiraan mudah sebagai contoh perbandingan ialah, kerajaan membayar RM10 bilion untuk projek
membekal air pada hal harga sebenar pasaran untuk projek tersebut hanya
berharga RM1 bilion. Kerana RM10 bilion maka kerajaan meminjam wang dari
institusi kewangan dan apabila projek itu siap nanti hutang piutang itu akan
dibayar dari hasil pungutan air yang digunakan rakyat. Selagi tidak untung dan
dapat kos yang telah dibelanjakan iaitu RM10 bilion dan kos-kos penyeliaan maka
selagi itulah syarikat yang diberi konsesi membuat penyeliaan berkuasa mengutip
dan mengenakan bil penggunaan air kepada rakyat dan mereka berkuasa menaikkan
tarif dan kadar harga air mengikut kelulusan yang telah dipersetujui oleh
kerajaan dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Rakyat menjadi mangsa dan adalah sangat misteri ke mana perginya RM9
bilion?
Andaikata kita mempunyai minda futuristic yang terang, kita
akan menanggap bahawa pemimpin yang meluluskan dan menandatangani projek
tersebut telah tiada atau tidak berkuasa lagi pada masa hadapan ketika rakyat
terbeban dengan tariff air yang tinggi yang terpaksa dibayar oleh mereka.
Rakyat akan terbelenggu dengan kenyataan atau reality hidup bahawa jika tidak
sanggup atau tidak mampu bayar maka jangan menggunakan air atau terpaksa berjimat
cermat atau mencatu keperluan sendiri mengikut kemampuan untuk membayar.
Pemimpin yang terlibat sudah tidak relevan ketika itu dan yang misterinya….mereka telah kaya raya dengan habuan
perkongsian bersama sebanyak RM9 bilion yang telah dibagi-bagi ketika intitusi
kewangan membayar pinjaman RM10 bilion. Bagaimana mereka dapat pembahagian
RM9 bilion… itu kenalah kita fikirkan kerana syarikat yang diberi konsesi itu
adalah syarikat kroni mereka juga. Dan itulah penyebab utama projek ini
beriya-ia benar akan dilaksanakan meskipun dapat tentangan. Harap-harap kita
tidak seperti mereka yang telah pecah amanah apabila berpeluang dan
berkesempatan sebegini. Ingatlah bahawa hasil
dan pendapatan yang haram akan membutakan mata hati seketurunan yang hidup
mendarah daging dengan hasil itu. Kita dan keturunan kita akan buta kepada
unsur-unsur kebaikan sejagat, iman dan tidak akan mengenal Tuhan…… Maka jadilah
kita dan keturunan kita sebagai golongan yang cenderung kepada kefasikan,
kejahatan, sesat dan engkar kepada Tuhan
SWT….
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
KLCCT Sepang 28.9.2012
0 comments:
Post a Comment