Antara Haji 2012 & Pemikiran Jahat PR 13
Ada beberapa cara untuk menutup
isu kebimbangan bakal para Jemaah haji 2012. Termudah ialah dengan pengumuman
rasmi BN tidak akan mengadakan PR 13 dimusim haji. BN tidak boleh berdiam dan
membiarkan isu ini dimainkan sama ada orang politik atau sesiapa sahaja yang
suka isu ini diutamakan. BN adalah
kerajaan yang masih berkuasa dan mesti bertanggongjawab menamatkan keresahan ini.
Jika BN berfikir akan mendapat keuntungan dengan membiarkan isu ini
menjadi tokak dan akhirnya coba
membukti atau memperlekeh orang
yang mendakwa PR13 diadakan pada musim haji tidak benar, maka ketika itu sudah terlambat.
Bakal
Jemaah yang telah membatalkan pemergian akan membenci UMNOBN seumur
hidup termasuk saudara mara dan anak cucu mereka. Perkara ini amat serius dan
sama ada UMNOBN mengadakan PR13 pada musim haji atau melambatkan pengumuman
rasmi tidak mengadakan PR13 pada musim
haji adalah satu tindakan atau keputusan yang pincang dan tidak di
landasan betul. UMNOBN mesti mengambil kesempatatan ini secara gentlemen atau
berhikmah dengan membuat pengumuman
rasmi tidak akan mengadakan PR 13 dan berharap para jemaah boleh membuat
persiapan dengan tenang. Pengumuman ini adalah sebagai jaminan dan ini akan
memberi kredit kepada UMNOBN di masa akan datang meskipun jika mereka terpaksa
membarisi barisan pembangkang di
parlimen.
Pengumuman rasmi ini sangat perlu walaupun
perisikan mengatakan 60% bakal jemaah adalah penyokong PR. Apa yang penting
ialah persepsi terhadap UMNOBN untuk jangka panjang kerana rekod UMNO dalam hal
agama telah terlalu buruk dan kotor. Adalah wajar isu agama ini diutamakan dan
dipantau dengan serius kerana pengaruh agamalah yang sebenarnya telah
memenangkan UMNO di setiap kali pilihanraya. UMNOBN mestilah berkeyakinan
bahawa kuasa yang ada pada mereka tidak lagi ditakuti oleh rakyat yang telah
mudah terdedah dengan dunia maklumat dari langit terbuka. Mereka mengetahui
siapa yang menguasai Tabung Haji dan semua agensi kerajaan. Sehubungan itu
UMNOBN bukan sahaja dengan mudah boleh mendapat maklumat malah boleh merancang
sesuatu untuk kepentingan UMNOBN sama ada secara hemah atau secara jahat.
Melalui perisikan, kerajaan boleh mengetahui
siapa yang akan menjadi calon dalam PR 13 dan mengetahui sama ada calon ada
atau tidak memohon untuk menunaikan haji. Dengan mudah mereka boleh ditawarkan
meskipun tidak cukup syarat seperti
belum cukup tabungan atau belum sampai giliran. Dan andaian ini termasuk
juga kepada petugas-petugas pilihanraya parti atau sesiapa saja yang diketahui
berupaya memainkan peranan dalam pilihanraya. Rakyat tahu UMNOBN berkuasa malah
diberi amanah membuat tindakan dan keputusan tetapi jika mereka berterusan tidak adil , berat sebelah dan hanya
mementingkan parti sendiri, mereka akan hilang pengaruh dan ditolak.
Ketika ini UMNOBN telah terbukti telah pecah amanah sama ada telah terbukti
dan terhukum di peringkat mahkamah,
dalam kes pertuduhan, laporan dan kenyataan parlimen, laporan tahunan jabatan,
norma dan budaya semasa mahu pun gossip dan perbualan rakyat telah tidak dapat
dinafikan lagi. Mereka sepatutnya tidak perlu membuang banyak masa untuk
menafikannya atau membalas tuduhan mulut tetapi sebaliknya mestilah segera
berubah dan memperbetulkan amalan buruk yang tidak menyenangkan itu sebelum hilang kuasa dan terlambat . Mereka
mesti segera bertindak dan berkorban tanpa malu membuat kebajikan dan
menunjukkan kebaikan kerana ikon pecah amanah yang dilihat pada diri mereka
bukan lagi kerana kepentingan parti tetapi peribadi.
Isu PR 13 di musim haji dengan
mudah di atasi seperti saranan di atas.
Jika UMNOBN berkeras juga untuk mengadakannya
ketika Jemaah Malaysia seramai 30
ribu orang sedang menununaikan ibadah
haji, kerajaan mestilah bersedia membenarkan mereka mengundi pos dengan
fasiliti mudah, telus dan berintergriti. Ini termasuklah membenarkan
calon-calon yang sedang beribadah itu menjadi
calon dan diwakilkan. Jika berfikiran wajar dan tidak berniat jahat maka
semua ini boleh dilakukan oleh kerajaan demi kebaikan dan kebajikan rakyat.
Jika UMNOBN berfikiran mereka beruntung kerana berjaya menidakkan hak mengundi
para Jemaah dan sanggup mengorbankan 40% penyokongnya, maka perkiraan ini
adalah kesilapan besar dan lapuk serta memberi impak buruk jangka panjang kepada masa depan UMNOBN.
Akan lebih ironis lagi jika PAS
yang semakin canggih itu akan membuat pengumuman bahawa semua bakal haji yang
ditawarkan ke Mekah oleh Tabung Haji pada tahun ini tetapi menunda pemergian
mereka kerana mengutamakan pilihanraya yang lebih utama dari segi perjuangan
menegakkan syariat Allah daripada kepentingan peribadi atau fardhu ain Jemaah
lebih utama dari fardhu ain diri, akan terus ditawar dan diutamakan pada tahun
hadapan atau pada tahun PR berkuasa, maka ketika itu bukan sahaja 60% penyokong
agama akan sanggup menundakan pemergian mereka malah kewajaran ini juga akan
menggembirakan semua rakyat beragama Islam. UMNOBN pula akan dilihat sebagai
parti Melayu yang jahat dan sentiasa salah tingkah kerana mementingkan nafsu
serakah memecah amanah merompak kekayaan Negara untuk diri sendiri.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Gombak KL 15.6.2012
0 comments:
Post a Comment