UCAPAN TERIMA KASIH DAN MEMOHON KERJASAMA CATATAN HAKMILIK INTELEKTUAL

0 comments


UCAPAN TERIMA KASIH DAN MEMOHON KERJASAMA CATATAN HAKMILIK INTELEKTUAL

Tun Sheikh mengucapkan berbanyak malah ribuan terima kasih kepada pengunjung dan pembaca blog ini. Tun Sheikh sangat berharap kepada para pengunjung dan pembaca terutamanya yang memiliki blog, ‘facebook’ dan sebagainya termasuk para penyelidik atau sesiapa sahaja yang ingin mengambil sumber atau fakta dan bahan dalam Blog Tun Sheikh hendaklah mencatatan sumber tuan-tuan dan kreditkan Blog Tun Sheikh sebagai sumbernya.

Tun Sheikh memang membenarkan tuan-tuan mengambil sumber dan menggunakan fakta hasil dari penulisan Tun Sheikh. Tetapi tolonglah memberi sedikit kredit tanda kebertanggungjawaban. Ini adalah kerana Tun Sheikh menulis berdasarkan fakta,  kenyataan, pengalaman, kajian dan pengolahan serta biasa membuat analisis dalam segala bidang yang hendak Tun Sheikh tuliskan. Tun Sheikh tidak pernah ‘mengcopy & paste’ bulat-bulat milik penulis atau pengarang atau tokoh-tokoh yang menerbitkan penulisan hasil daripada bidang yang diceburi tanpa mengkreditkan atau mencatatkan sumber yang Tun Sheikh ambil.

 Sebenarnya,  ini adalah etika kepada semua penulis dan pengkaji tidak kira apa bidang yang diceburi. Hal ini mesti dipatuhi. Adalah tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah jika hasil penulisan atau dapatan orang lain diambil sebagai milik sendiri. Palagiat atau orang yang mencuri idea, hasil penulisan dan sebagainya terutama dalam bidang penerbitan,  karya dan kajian, adalah dianggap hina dan tidak beretika. Hasil penulisan dan kajian adalah khazanah intelektual yang tidak ternilai. Tun Sheikh tidak pernah terlupa menukilkan sumber sama ada tajuk buku atau rencana   atau nama penulis yang menghasilkannya atau menerbitkannya apabila mengambil fakta. Pengolahan fakta adalah hak penulis tanpa perlu mencatatkan rujukan sumber. Tetapi jika tidak diolah lalu terus menciplak ayat, perenggan atau disunting tanpa mengubah dan mengolah ayat yang asal dan tidak mencatatkan sumber rujukan, ini adalah satu perbuatan yang tidak menyenangkan sesiapa dalam bidang penulisan ini.

Blog Tun Sheikh ini adalah kendalian Tun Sheikh sendiri selaku ‘free lance’ yang neutral dalam bidang ini. Tun Sheikh telah menulis sejak zaman persekolahan dan dalam pelbagai wadah tanpa cita-cita untuk menjadi popular dan ternama. Tujuan dan objektif Tun Sheikh adalah untuk menyampaikan apa yang difikirkan baik untuk manfaat bersama dengan harapan menjadi sumbangan dan amal ibadah.  Pelbagai nama pena dan samaran Tun Sheikh gunakan dan tidak pernah terikat dengan apa-apa kontrak penulisan dan penerbitan  dan jarang sekali Tun Sheikh mengambil bayaran upah hasil dari penulisan dan kajian kerana Tun Sheikh meniatkan sebagai amal jariah. Biasanya jika ada bayaran hasil dari penulisan,  Tun Sheikh minta penerbit memasukkan atau ‘divert’ ke tabung amal.

Walau bagaimanapun, Tun Sheikh kena peka tentang hal hakmilik intelektual ini kerana terlalu banyak fitnah terjadi pada zaman ini. Selain itu,  Tun Sheikh sendiri sering tidak selesa. Ini adalah kerana terasa berat dan payah ketika menghasilkannya apabila berpengalaman dikejar-kejar, diberi amaran, diperingatkan kuasa dan ugutan pihak berwenang sama ada dari sahabat handai, pertubuhan mahupun jabatan atau ajensi kerajaan dan sebagainya.

 Tun Sheikh bersyukur kerana keluarga besar Tun Sheikh dari kalangan kerabat , tokoh-tokoh politik, polis dan tentera serta orang awam biasa selalu memberi ‘first hand news’ dan sering menasihatkan Tun Sheikh apa dan bila perlu dibuat atau ditulis atau berehat sementara supaya tidak teraniaya atau dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan dan pihak-pihak tertentu termasuk pihak yang berkuasa.

Blog Tun Sheikh telah dimulakan pada tahun 2008 sehingga kini dengan pelbagai wadah seperti sejarah, kontemporari, nostalgia, falsafah pemikiran, minda politik, puisi sastera, ajaran hidup, irama kehidupan dan dimensi . Blog ini adalah hasil penulisan dan pengolahan sendiri dan tulen tanpa iklan dan sebagainya kerana tujuannya adalah untuk manfaat kebajikan kemanusiaan. Bukan bertujuan mencari keuntungan kewangan atau mencari dana.

Disebabkan pelbagai keperitan yang Tun Sheikh alami,  harapan Tun Sheikh,  apa-apa fakta yang diambil tanpa pengolahan harap dicatatkan Blog Tun Sheikh sebagai sumbernya. Tun Sheikh rasa terkilan dan kesal apabila mendapati banyak hasil penulisan Tun Sheikh diambil dan dijadikan perisian blog dan FB pribadi tanpa mengkreditkan sumber asal seolah-olah tulisan itu mereka yang menulisnya.

 Tun Sheikh juga meminta maaf kerana akhir-akhir ini terdapat banyak  perkataan sindir dan kias dalam blog Tun Sheikh. Ini bagi   mengelakkan fitnah manusia dan yang berniat jahat. In Sha Allah meskipun begitu, Tun Sheikh tetap berusaha menjaga otentik fakta sedaya mungkin. Selamat membaca, memahami dan manfaatkannya.

Tun Sheikh Engku Bendahara
Pesta Buku Serdang 1.5.2016

LATAH Dr HASSAN YANG MEMBAWA PADAH - NOSTALGIA MENGENANG TGNA

0 comments


LATAH Dr HASSAN YANG MEMBAWA PADAH -
NOSTALGIA MENGENANG TGNA

Apabila Dr Hassan ABDULLAH (TST) orang kuat PAS Selangor melatah maka banyaklah isu-isu dan rahsia dalaman PAS terbongkar kepada musuh-musuh tradisi. Dia memang dikenali sebagai seorang tokoh yang mempunyai kepakaran dalam ilmu kemasyarakatan. Dia juga terkenal dengan sikap gelojoh tetapi professional dan berkeyakinan tinggi.  Ucapan kata-katanya tersusun tetapi kelajuan menghambarkan perkataan menggambarkan karekter kegelojohan beliau. Tidak dinafikan beliau banyak berjasa dalam PAS terutamanya memobilasi para professional menyumbang kepakaran dalam parti. Beliau seolah-olah tidak berpuashati kepada kepimpinan tertinggi PAS kerana lambat bertindak dan lambat membuat keputusan terhadap sesuatu isu yang dilihat menguntungkan PAS mengikut pandangan umum dan pandangan dirinya. Beliau rapat dengan Ustad Nasaruddin Md Esa dan mereka mempunyai keyakinan dan cita-cita yang agak sama. Mereka yakin dan berasa akan berjaya menyatukan penganut Islam Malaysia khususnya Melayu duduk atau bergabung dalam satu wadah.

 Ketika itu TGNA juga memberi dokongan dan galakkan yang amat positif dengan syarat semua umat Islam Malaysia bersetuju menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai pegangan, panduan dan rujukan utama. Di samping itu TGNA juga memberi formula rahsia batasan untuk perpaduan Islam iaitu jika hanya mengaku Islam tetapi tidak bersedia mengorbankan kebiasaan adat suku kaum, contohnya  Melayu yang berprestij dan adat-adat yang menyalahi syariat Islam  maka beliau sama sekali tidak restu. Pesanan pedas beliau kepada kepimpinan PAS yang ingin mengusahakan perpaduan  Melayu Islam Malaysia ialah supaya jangan melupakan sejarah perjuangan PAS dari mula penubuhannya sehingga kepada corak dan gambaran serta matlamat akan datang.

TGNA sering mengingatkan agar berhati-hati supaya apa yang pernah belaku dijadikan teladan dan peringatan dengan hati yang redha kerana telah pun berlalu. Peristiwa silam telah menjadi takdir dan kena diridhai. Beliau kerap memesan agar semua kepimpinan PAS jangan lupa ketika PAS kuat, PAS dilemahkan secara tipu muslihat politik diajak musuh berkerjasama atas nama perpaduan Melayu dan Islam. Kejujuran dan ketulusan PAS telah dicemari seolah-olah seperti ditikam dari belakang. Harapan TGNA agar sejarah pahit ini tidak berulang lagi. Jangan dipatuk ular buat kali kedua pada lubang yang sama.

TGNA sangat curiga dengan keikhlasan AMNOBN kerana beliau mengesan bau-bau muslihat politik yang tidak jujur. Secara sindiran beliau sendiri mencabar kerajaan AMNOBN sekiranya benar-benar jujur dan ikhlas untuk menjadikan Islam sebagai pegangan dan panduan berkerajaan maka sudah tentu tidak teragak-agak membubar parti kesukuan dan sama-sama menubuhkan parti Islam baru.

Ada bisik-bisik mengatakan TGNA tidak berkenan dengan Dr Hassan. Dr. Hassan dianggap banyak membuat cerita samar-samar dan ada yang hanya rekaan untuk menyakinkan kepimpinan tinggi PAS. Ada juga mengatakan Dr Hassan terlalu yakin dengan ilmu dan kepakarannya sehingga terlupa menyakini bahawa para ulamak bercakap bukan dengan nafsu dan fikiran tetapi dengan penglihatan dan gerak hati. Ada juga yang telah menjangkakan bahwa Dr Hassan akan keluar sendiri dari perjuangan parti kerana asas ilmu agamanya dianggap cetek dan terlalu menekan para ulamak dengan keahlian dan popularity ilmu kemasyarakatannya sehingga ada yang mengatakan bahwa Dr Hassan gagal ‘mengadoptasi ‘ atau menyesuaikan ilmu dunia dengan ilmu akhirat.

Meskipun Dr Hassan dan Ustad Nasaruddin berusaha kuat mencari jalan terhadap isu perpaduan Melayu Islam Malaysia, kebanyakan para ulamak tidak berkeyakinan malah ada yang terang-terangan menentang. Bagi sesetengah ulamak, ilmu skular ini membawa banyak fitnah. Kepada kumpulan professional pula seperti Dr Hassan,  menganggap seolah-olah para ulamak tidak tahu dan mahir menfaatkan ilmu skular, teknologi dan sains dalam perjuangan politik berasaskan Islam.

Akhirnya roh sirahturahim mereka terputus dan disebabkan pengaruh Dr Hassan tidak begitu popular dan menyeluruh dalam PAS,  maka beliau gagal mempertahan diri . Selepas Dr Hassan tersingkir, strateji menolak pemimpin parti yang berbaik-baik dengan AMNOBN berterusan. Ustad Nasaruddin dan kumpulan yang menyokong beliau kerap kelihatan seperti terperangkap dan sering kekok kerana dituduh dengan pelbagai kata-kata hingga seperti membawa maksud pengkhianat kepada parti.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
18.3.2016 Pengkalan Kubur Tumpat, Kelantan

Penulisan Kepengarangan Lebih Berkesan Daripada Media Pesanan Ringkas Untuk Kemajuan Budaya

0 comments


Penulisan Kepengarangan Lebih Berkesan Daripada Media Pesanan Ringkas Untuk Kemajuan Budaya

Hari ini genap satu tahun enam bulan Tun Sheikh bertindak pasif dalam blog setelah saudara mara terdekat dalam semua parti politik dan juga yang bekerja dengan  kerajaan dan NGO menasihatkan Tun Sheikh bertukar wadah buat sementara. Ini adalah kerana tindakan tolol orang yang berkuasa membabi buta memaksakan kelulusan sebuah akta yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan bagi menahan seseorang walau dengan perkara yang remeh temeh dengan tuduhan menghasut atau membahayakan keselamatan Negara. Apa yang tersirat sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan mereka mengekalkan kuasa dan sebagai pelindungan dari kelihatan bersalah melakukan penyelewengan. Akta ini telah diluluskan di parlimen dan serentak dengan itu satu operasi besar-besaran telah dilakukan dengan maksud bahawa kerajaan  kononnya amat serius menjaga keamanan Negara dan keselamatan rakyat diutamakan.

Disebabkan selama ini sumber berita ‘first hand news’ banyak daripada mereka, Tun Sheikh akur dengan nasihat mereka. Tun Sheikh aktif dengan akaun baru dalam wathsapp atau wasap, telegram, twitter dan facebook yang memakai pelbagai nama pena. Memang responnya cepat tetapi di dalam facebook terasa  Tun  Sheikh dipantau terus oleh hantu-hantu yang cari makan melalui upahan membuat komen-komen bodoh yang bertungkus lumus berusaha untuk menyekat minda orang atau rakyat yang nampak penyelewengan yang sedang menjadi budaya. Manakala melalui wasap, telegram dan twitter responnya memang cepat malah boleh berinteraksi dengan tokoh  mahupun pemimpin ternama yang mempunyai akaun  serupa, tetapi nilai pengajaran dan pembelajarannya agak kurang kerana pada kebiasaannya orang yang menggunakan wadah itu telah mempunyai keputusan sendiri. Wadah berkenaan seolah-olah digunakan untuk menguji pasaran pandangan dirinya saja.

Selama dalam tempuh jangka waktu tersebut Tun Sheikh berasa amat terkekang kerana aktiviti dalam wasap, telegram, twitter dll adalah terhad dan terasa tidak berupaya disimpan dalam arkib atau boleh dirujuk secara intelektual. Maksudnya semua urusan bicara kita dalam wadah tersebut hanya untuk respon segera sebagai hiburan mahupun makluman segera sahaja. Namun masa yang diambil sebenarnya lebih kurang sama dengan menulis di blog. Bedanya hanya tulis dalam twitter, wasap atau telegram dll itu tidak perlu menggunakan bahasa yang meleret atau formal. Meskipun begitu kita tetap akan leka jika kita terus mengikuti dan menggunakannya sehingga boleh dikatakan akan mencuri masa kita atau mengganggu waktu kita yang kita peruntukkan untuk program lain.

Sepanjang tempoh setahun setengah itu Tun Sheikh berasa terlalu banyak topik,peristiwa penting, berita menarik dan pelbagai isu yang boleh dikongsi bersama jika dikupas atau disalurkan dalam blog berbanding apparatus lain. Sayang sekali para pemimpin kita masa ini lebih mementingkan kepentingan diri, kedudukan diri dan kehormatan peribadi daripada matlamat mereka dipilih sebagai pemimpin untuk menjaga kepentingan rakyat. Penulis mahupun pemerhati yang kritis dituduh pengkhianat atau penghasut. Dan lebih berat sebagai pengancam keselamatan dan pengancam keamanan. Mereka disusahkan dan pandangan serta tegoran  mereka tidak diambil peduli. Mereka tidak dilayan sebagai suatu golongan yang positif. Penulis dan pengkritik selalu dianggap sebagai penyibuk, penghasut dan pengacau.

Tun Sheikh berasa amat tertekan dengan perkembangan mutahir ini. Tun Sheikh berazam untuk menulis semula dalam blog dan berharap ini sebagai suatu kebaikan dari niat yang murni. Namun nasihat kaum kerabat yang risau terhadap kezaliman pihak berkuasa terhadap penulis kerdil seperti Tun Sheikh telah memaksakan Tun Sheikh menggunakan kata-kata dan istilah sindiran dengan harapan pembaca mengerti dan faham. Tun Sheikh amat yakin akan sampai  juga suatu masa nanti di mana kebenaran adalah yang hak dan keintelektualan tidak disekat atau dizalimi kerana memelihara budaya yang buruk.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
K.Lumpur,1 Ramadhan/18 Jun 2015

Beberapa Istilah yang Sinonim Dengan Barisan Nasional (BN)

0 comments


Beberapa Istilah yang Sinonim Dengan Barisan Nasional (BN)

Apabila Tun Sheikh membaca berita ajakan umum menyambut tahun baru 2014 sebagai Tahun Kepayahan kerana semua harga barang keperluan akan naik, terasa cadangan itu ada realistiknya sehingga Tun Sheikh terilham untuk mencari dan mencatatkan perkataan atau istilah yang sinonim dengan BN yang pernah atau biasa digunakan oleh para penulis mahupun pengkritik atau dari komen-komen biasa rakyat yang pernah terluah ketika memberi  respon berita terhadap keadaan semasa. Tun Sheikh berasa ada baiknya juga perkataan sinonim BN (Barisan Nasional) ini disenaraikan bagi memberi gambaran kepekaan maupun perasaan atau ketidaksenangan hati rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional agar dapat diambil kira kehendak rakyat ketika BN ingin membuat apa-apa dasar  berkenaan kenaikan harga barang atau inflasi dan sebagainya.

Tun Sheikh berasakan isu kenaikan harga barang ini boleh mencetuskan huru-hara jika tidak diambil peduli oleh kerajaan BN kerana adalah lumrah jika seseorang itu terus ditekan atau tertekan dalam kehidupan sehariaan mereka dan belenggu masalah  tidak terurai, mereka akan menjadi agresif, berani, hilang takut dan hormat dan yang paling bahaya ialah nekad, hilang pertimbangan dan tindakan tanpa dapat dikawal oleh fikiran yang waras kerana terlalu geram dan marah. Jika hal ini berlaku maka BN dikira sudah terlambat. Jika berlaku hal yang tidak diingini ini, BN memang wajar dipersalahkan. Jika tidak bernasib baik kerajaan BN tidak akan disokong lagi oleh sesiapa apabila kuasa rakyat bertindak menggila. Apa yang sangat dikhuathirkan ialah berlakunya pemberontakan liar, ganas dan tidak terkawal sehingga mengancam nyawa dan harta benda.

Tun Sheikh berasa ada realistik dan releven  kerana belum pun tahun 2013 berakhir,  kita sudah mendapati banyak barang telah naik. Budaya peniaga pula memang diketahui umum, sangat mementingkan keuntungan dan diri.  Mereka sering menaikkan harga barang yang dijual terlebih dahulu apabila mendengar ura-ura dan penyebab kenaikan harga. Apabila kerajaan  merestu atau membuat penerangan kewajaran kenaikan harga barang, maka peniaga akan menaikkan lagi. Maka setiap kali ada isu kenaikan harga barang, mereka akan mengambil kesempatan menaikkan harga beberapa kali. Tetapi tidaklah dihebuh-hebuhkan oleh para peniaga kecuali mereka akan mengatakan bahawa tindakan mereka dibenarkan kerajaan. Padahal mereka telah mengambil kesempatan, menyeleweng dan menganiaya pengguna atau pembeli  untuk mengaut keuntungan berganda.

 Hal ini mudah difahami contonya seperti  harga barangan harian susu tepung  setin besar pada mulanya berharga RM40.00. Ketika hebuh desas-desus harganya akan naik, mereka telah menjualnya dengan harga baru RM43.00. Apabila kesatuan pembekal, peniaga , pemborong dan sebagainya berjaya menuntut kenaikan harga dari pihak berkuasa secara rasmi, maka susu tepung itu dijual pula dengan harga baru RM45.00. Bayangkan jika mereka dapat dikawal, harga susu tepung yang berharga RM40.00 akan hanya naik kepada RM43.00, bukan RM45.00. 

Oleh kerana isu kenaikkan harga kebelakangan ini seolah-olah perancangan atau disebabkan kerajaan BN , maka banyaklah luahan sama ada emosi mahupun dari fikiran yang waras terekod dan tercatat dalam apparatus  teknologi penyebaran maklumat . Tun Sheikh tidak mengambil masa yang lama untuk mengumpul istilah terhadap BN yang menggambarkan ketidakpuasan hati rakyat dari pelbagai medium sejak sejarah penubuhan BN itu sendiri  pada tahun 1971 hinggalah ke hari ini dalam hal dasar dan sepanjang pemantauan dan kawalan kerajaan BN kepada isu inflasi atau kenaikan harga barang. Itu pun yang mana tercapai dari pembacaan Tun Sheikh dan istilah atau perkataan sinonim yang agak popular sahaja. Terus-terang kebanyakan istilah berkaitan BN ini didapati di era Dr. M, Pak Lah dan Najib kerana kemajuan apparatus teknologi maklumat.

 Berikut adalah dapatan Tun Sheikh mengenai perkataan atau istilah yang disinonimkan dengan BN, yang tidak kurang 100 jika dihitung: Barisan Nafsu, Barisan Nyanyuk, Barisan Nazi, Barisan Naga, Barisan Najis, Barisan Natang, Barisan Neraka, Barisan Nujum, Barisan Nakal, Barisan Ngantuk, Barisan No**k, Barisan Nipu, Barisan Naif, Barisan Nihil, Barang Naik, Batang Naik, Batang Najib, Barang Najib, Bak Najis, Bakul Najis,  Bandit Negara, Bandit Nasional, Bandit Nipu, Bandit Najib, Bandit Nazi,  Bandit Nyanyuk,Bangang Noo, Bangang Najib, Bangang Ngaban, Bangang Nasional, Bangang Negara, Bangang Niat, Baghal Negara, Baghal Nasional, Baghal Nyanyuk, Baghal Nipu, Baghal Najib, Baghal Nazi, Babi Najib, Babi Negara, Babi Najis, Babi Nasional, Babi Nipu, Babi Nyanyuk, Baruah Negara, Baruah Nasional, Baruah Najib,  Baruah Ngantuk , Baruah Nyanyuk, Babi Natang, Badut Negara, Badut Najib, Badut Nasional, Badut Nipu, Badut Natang, Badut Ngantuk, Badut Nyanyuk, Badut Nazi, Bangsat Nipu, Bangsat Noo, Bangsat Nasional, Bangsat Negara, Bangsat Nafsu, Bangsa Nipu, Bangsa Najib, Bangsa Najis, Bangsa No**k, Baboon Negara, Baboon Nasional, Baboon No**k, Baboon Nakal, Baru Nak, Baru Niat, Baru Najis, Baru Nipu, Baru Nakal, Baru Nangis, Baru Ninin, Baik Nipu, Baik Nafsu, Baik Niat, Baik Noo, Baik Ninin, Baik Nakal, Bantai Nipu, Bantai No**k, Bantai Ninin, Bantai Najis, Bantai Niat, Batu Najis, Bangku Najis, Banyak Naya, Badan Naya, Bangkai Negara, Bangkai Nasional, Bangkai Natang, Bangkai Najib, Bangkai Najis,  Bapuk Negara, Bapuk Nasional, Bapuk Naya, Bapuk Nangis, Bapuk Nipu, Bapuk Nyanyuk, Bapuk  Beruk Negara, Beruk Nasional, Beruk Najib, Beruk Najis, Beruk Nigeria, Beruk Ninja,  Beruk Nangis, Beruk Nipu, Beruk Nakal, Bebal Negara, Bebal Nasional, Bebal Nyanyuk, Bebal Najib, Bebal Nafsu, Berak Najib, Benak Ngaban,Bengap Naya, Bengap Ngaban, Benak Noo, Bengap Noo, Bendul Nasional, Bendul Najis, Be End, Bekas Najis, Bengong Ngaban, Bengong Nyanyuk, Bengong Noo, Biang Nafsu, Biang Najib, Biang No**k, Bil Naik, Bina Nafsu, Bikin Najis, Bini Najib, Binatang Nipu, Binatang Negara, Bintang Nafsu, Bintang Nujum, Biji No**k, Bingai Nasional, Bingai Najib, Bingai Nutuh, Bingai Nil, Bu**h Najib, Bu**t Najib, Bon**t Najib, Bu**h Negara, Bu**h Nasional, Bu**t Negara, Bu**t Nasional, Bu**h No**k, Buat Najis, Busuk No**k, Busuk Najis, Budak Natang, Budak Najib, Buruk Niat, Buruk Nafsu, Buruk Nasib, Botak Negara, Botak Nasional, Botak Najib, Botak Naya, Botak Nipu dll.

Pendik kata, kerajaan BN mestilah peka dan harus berkorban sebelum api dalam sekam menyala dengan memperbaiki kelemahan, mengatasi penyelewengan dan memperbetulkan salah tingkah dengan segera. Jika tidak berupaya, tidak salah BN memberi laluan secara terhormat kepada mereka yang sanggup memikul amanah mentadbir Negara. Apabila pulih dan bersih serta diterima semula, maka kembalilah menabur jasa setelah berjaya mengatasi masalah-masalah dalaman yang merugikan bangsa dan negara. 

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Banda Hilir 31.12.2013
 
Copyright 2009 Blog Tun Sheikh
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere